Manisnya CintaMu

Hidup Lebih Bermakna...

Thursday, April 10, 2008

Qanaah

Qanaah ialah kita merasa cukup dan redha dengan apa yang Allah kurniakan.

Tapi, bukan bermakna kita tidak mahu berusaha, sebaliknya apa yang kita dapat itu disyukuri.
Kita tak rasa iri hati sikit pun, tak rasa Allah patut bagi lebih lagi seperti yang diperolehi orang lain. 
Kita berpegang dengan apa yang Allah kata:
 “Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki.” 

Itu hak Allah, nak bagi atau tidak.
Sekiranya faham konsep ini, kita tidak akan mempersoalkan Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui Allah SWT. Pendek kata, kalau dapat rezeki sikit kita redha. Tak bersungut. Tak merungut. Tak mengeluh atau mengungkit. Ini yang dikatakan “qanaah”.

No comments: