Tuesday, June 25, 2013

Pesanan buat Isteri

"Dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang." (Riwayat Thabrani)

Wednesday, June 12, 2013

Ya akhi wa ukhti

INGATAN BUAT PENGANTIN:

HARI BERGEMBIRA BERTUKAR MENJADI HARI PENYESALAN

Muqaddimah
Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.
Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.
Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.
Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!